Anwar Perlu Bertanggungjawab Jika Ada Kaitan Dengan Insiden Pencerobohan Lahad Datu -Ali Rustam

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab sekiranya beliau mempunyai kaitan dengan insiden pertumpahan darah di Lahad Datu, Sabah.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilapor menjanjikan kuasa autonomi kepada Sabah jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Warga dan Generasi Baru Felda Wilayah Segamat di Felda Tun Ghaffar Machap di sini, Ahad.

Beliau mengulas laporan media asing mengenai pencerobohan di Lahad Datu. The Philippine Daily Inquirer menggunakan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata penceroboh terbabit datang atas "jemputan" seorang ahli politik pembangkang Malaysia.

The Manila Times pula dilaporkan mendakwa bahawa pencerobohan secara mendadak itu adalah berkaitan dengan kempen pembangkang Malaysia untuk memberi autonomi kepada Sabah jika mereka menang.

Mohd Ali turut melahirkan penghargaan terhadap anggota keselamatan negara atas kesanggupan mereka bergadai nyawa mempertahankan keamanan negara daripada pencerobohan pihak luar.

Beliau berharap pertumpahan darah itu dapat dihentikan dengan segera selain mengheret dalang di sebalik kekacauan itu ke muka pengadilan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri Melaka akan melancarkan Tabung Lahad Datu, esok sebagai penghargaan kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden itu serta membantu meringankan beban penduduk kawasan tersebut.

"Kita akan cuba kumpulkan wang tunai seberapa yang boleh untuk disumbangkan kepada mangsa pencerobohan dengan kadar segera," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan