SKMM Akan Awasi Media Sosial Pada PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji kaedah terbaik untuk memantau dan mengawasi penggunaan media sosial pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata langkah itu bagi memastikan media sosial tidak disalah guna untuk kepentingan politik semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan awam.

SKMM akan memantau semua pengguna media sosial sepanjang PRU13 ini bagi memastikan proses pilihan raya dapat berjalan lancar dan aman, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kenali dan Mesra Jiran anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang, di sini, Sabtu.

Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata PRU13 akan menjadi pilihan raya media sosial pertama di negara ini apabila Internet diguna sebagai antara kaedah berkempen.

Mengulas lanjut, D'Cruz berkata media sosial sering kali disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebar fitnah demi kepentingan politik dan beliau merupakan antara mangsa fitnah itu.

Pihak tidak bertanggungjawab ini mementingkan diri dan sanggup berbohong untuk menang dalam politik sedangkan yang penting adalah rakyat hidup aman dan damai, katanya.

"Rakyat terutama orang muda harus bijak memilih kerajaan yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan negara supaya masa depan tidak tergadai.

"Jangan tertipu dengan helah pihak-pihak yang berniat memecah-belahkan masyarakat dengan menabur fitnah," kata Maglin. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan