Serah Diri Atau Terima Tindakan Lebih Drastik - Ismail Omar

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Beberapa anggota kumpulan bersenjata Sulu yang masih berada di Kampung Tanduo harus menyerah diri atau berdepan tindakan lebih drastik, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, kumpulan tersebut yang diketuai oleh adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III harus meletakkan senjata dan menyerah diri.

"Kami tiada pilihan lain tetapi mengambil tindakan sewajarnya untuk menahan mereka," katanya selepas menghadiri taklimat mengenai operasi di Lahad Datu bersama dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Felda Sahabat di sini.

Kumpulan tersebut kini telah dikepung dan tidak mempunyai pilihan selain menyerah diri.

Ismail berkata, polis kini berada dalam keadaan bersedia untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.

Hishamuddin berkata beliau akan berada di Sabah sehingga perkara itu diselesaikan.

Kira-kira 12 anggota kumpulan bersenjata Sulu maut dalam insiden tembakan dengan anggota polis komando yang mengepung perkampungan tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan