PM Beri Kata Dua Kepada Kumpulan Bersenjata Sulu

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jenazah dua anggota polis Komando VAT 69, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabaruddin Daud, 46 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh Sulu tiba pada pukul 12.30 tengah hari di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang pada Sabtu.
Jenazah dua anggota polis Komando VAT 69, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabaruddin Daud, 46 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh Sulu tiba pada pukul 12.30 tengah hari di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang pada Sabtu.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu memberi kata dua kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu supaya menyerah diri atau berdepan sebarang tindakan yang akan diambil pihak berkuasa Malaysia.

Perdana Menteri berkata masa untuk mempertimbangkan apa juga permintaan kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina sudah berakhir.

Kerajaan Malaysia amat bertegas dalam hal ini, kerana jenayah yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh itu amat serius, katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis Komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh itu di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang dekat sini, Sabtu.

"Saya telah menelefon Presiden Filipina Benigno Aquino Jr II berhubung pendirian kerajaan Malaysia itu malam tadi, dan beritahu padanya bahawa setelah berlakunya kejadian tembak menembak pagi Jumaat, kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangkan apa jua permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.

"Dan mereka hanya ada dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan," katanya.

Najib berkata tindakan mereka menceroboh ke negara ini dengan bersenjata, dan diikuti dengan pembunuhan dua anggota keselamatan negara serta mencederakan tiga lagi anggota polis Komando VAT 69 bererti mereka telah melakukan jenayah yang cukup berat.

Untuk itu, kerajaan tidak akan membuka pintu rundingan lagi ataupun mempertimbang permintaan mereka, tegasnya.

Bagaimanapun, Najib enggan mengulas mengenai tempoh yang akan diberikan kepada kumpulan penceroboh itu untuk menyerah diri dengan hanya berkata: "perkara itu saya tidak dapat dedahkan atas sebab-sebab taktikal."

Pada Jumaat, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.

Dalam kejadian itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera, dan 12 anggota kumpulan itu maut.

Dua anggota komando polis yang cedera, Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39, yang kini dirawat di Hospital Lahad Datu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Seorang lagi anggota komando polis yang cedera Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli pula dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Jenazah Zulkifli dan Sabarudin yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau pada 7.55 pagi tadi tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 12.30 tengah hari ini sebelum dibawa untuk dikebumikan di kampung masing-masing.

Zulkifli dikebumikan di Kg Kubang Ikan, Besut, Terengganu dan Sabaruddin di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan