PAS Akan Lancar 1Peguam 1Parlimen

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS akan melancarkan pendekatan 1Peguam 1Parlimen di kawasan calonnya bertanding sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Menyatakan demikian di sini hari ini, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata pendekatan kali pertama dilaksanakan itu bertujuan membantu calon PAS menangani isu berkaitan perundangan.

"Kita akan terus laksanakan 1Peguam, 1Parlimen sejurus pembubaran Parlimen yang mana kita ada pemantauan dari sudut ahli perundangan...untuk menyelesaikan isu perundangan yang timbul seperti kes penipuan sepanjang pilihan raya berjalan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian Hi-Tea Peguam-peguam PAS seluruh Malaysia anjuran Juham oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Juham terdiri daripada anggota yang semuanya bekerjaya sebagai peguam dan setakat ini terdapat lebih 100 peguam menganggotainya. Dalam pada itu, Salahuddin memberitahu pemberita, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak perlu diperdebatkan lagi oleh mana-mana pihak memandangkan sudah diputuskan Majlis Syura PAS. Mengulas mengenai impak pelbagai kontroversi menghimpit pakatan pembangkang terutama mengenai soal-soal berkaitan PRU13, Salahuddin berkata ia tidak akan memberi sebarang kesan (negatif) malah pakatan itu semakin mendapat sokongan daripada rakyat. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan