NGO Bantah Projek Mega Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Projek infrastruktur mega kerajaan Pulau Pinang tidak mendapat sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri tersebut.

Wakil NGO terbabit mengadakan mesyuarat mengenai projek infrastruktur mega itu bersama dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Komtar pada Jumaat.

Mesyuarat selama dua jam itu menjadi tegang apabila beberapa NGO dan Lim cuba menyuarakan pendapat masing-masing.

Projek bernilai RM8 bilion itu merangkumi terowong sepanjang 6.5km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam, jalan sepanjang 12 km menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang, dan beberapa projek lain untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di pulau itu.

Lim berkata kerajaan negeri yakin sistem pengangkutan awam merupakan alternatif terbaik untuk memudahkan pergerakan pengguna tetapi ia berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

"Saya tahu anda mahu caj dikenakan kepada sesiapa saja yang memasuki Pulau Pinang, seperti sistem Singapura. Tetapi, kita tidak boleh bersetuju walaupun ia dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan (Pulau Pinang)," kata Lim.

Anggota Forum Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri untuk memberi tumpuan kepada "pengguna pengangkutan awam dan bukannya kereta".

Mereka turut mempertikaikan tindakan terburu-buru kerajaan negeri untuk melaksanakan projek mega itu apabila keutamaan harus diberikan kepada sistem pengangkutan awam.

Penulis blog, Anil Netto berkata, kerajaan negeri harus melantik perunding bebas dan tidak membiarkan kontraktor berbuat demikian, tetapi projek itu akan pasti diluluskan juga.

Katanya, desakan untuk melaksanakan projek mega itu adalah bertentangan dengan manifesto Pakatan Rakyat yang mengutamakan pengangkutan awam.

Ahli Majlis Penang Heritage Trust (PHT) Rebecca Wilkinson-Duckett berkata, kerajaan negeri wajib mengekalkan penjagaan alam sekitar.

Seorang lagi wakil PHT, Loh-Lim Lin Lee mempersoalkan mengapa kerajaan negeri terburu-buru mahu melaksanakan projek tersebut memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Dr Lim Mah Hui berkata projek mega itu tidak sejajar dengan cadangan yang dikemukakan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan