MAS Lancar Perkhidmatan Berjadual Airbus A380 KL-Paris

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan satu lagi peristiwa penting pada Jumaat dengan pelancaran perkhidmatan berjadual pesawat Airbus A380 antara Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Paris, Charles de Gaulle Airport.

Paris merupakan bandar raya kedua selepas London, dengan perkhidmatan menggunakan A380 dalam rangkaian syarikat penerbangan negara, demikian menurut MAS dalam satu kenyataan.

Bermula Jumaat, kapasiti Malaysia Airlines bagi laluan harian antara Kuala Lumpur dan Paris akan meningkat sebanyak 75 peratus, daripada 282 tempat duduk daripada sebelum ini dengan pesawat B777 kepada 494 tempat duduk superjumbo.

Pelancaran ringkas tetapi bermakna bagi penerbangan sulung pesawat superjumbo penerbangan MH20 di KLIA malam Jumaat dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya, beberapa minit sebelum tengah malam.

Penerbangan kapasiti penuh A380 itu berlepas ke ibu kota Perancis, 31 tahun selepas operasi penerbangan sulung antara dua bandar raya itu pada 2 April 1982.

Bercakap di pintu perlepasan sebelum penerbangan berkenaan, Ahmad Jauhari Yahya berkata: "Ini merupakan satu lagi perkembangan penting bagi kami di Malaysia Airlines.

"Jumlah muatan yang amat menggalakkan ini adalah satu petunjuk yang positif bahawa peningkatan dalam kapasiti sebanyak 75 peratus memang diperlukan.

Trend tempahan bagi Mac 2013 menunjukkan kenaikan positif sebanyak 87 peratus bagi laluan Kuala Lumpur-Paris dan peningkatan menakjubkan 123 peratus bagi pertumbuhan untuk laluan Paris-Kuala Lumpur berbanding tempahan Mac 2012.

"Saya percaya keanggotaan dalam perikatan oneworld mulai 1 Februari 2013 juga akan menyumbang kepada perkembangan positif ini," katanya.

Pesawat A380 menawarkan standard keselesaan, kemewahan dan kemudahan terbaik bagi laluan jarak jauh, membolehkan MAS mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan premium utama, memberikan perkhidmatan kepada pelanggan mengikut Hospitaliti Malaysia yang terkenal.

Bagi memenuhi cita rasa pelanggan, MAS mempunyai tiga master chef, Chef Ian Hall Mckenzie, Chef Zahiddin Dris dan Chef Michel Quissac, berada dalam penerbangan sulung itu untuk melayani tetamu kelas pertama dan Perniagaan yang menempah makanan mereka melalui perkhidmatan 'Chef-on-Call'.

Quissac juga terlibat dalam kerjasama khas untuk menyediakan menu bagi penerbangan A380 dari Paris.

Sebagai layanan istimewa, MAS juga menyediakan hidangan pencuci mulut terkenal Perancis, makaroon untuk semua tetamu penerbangan sulung berkenaan.

MAS menempah enam pesawat A380 dan merupakan syarikat penerbangan ke lapan di seluruh dunia mengendalikan pesawat yang terbesar dan paling cekap ini.

Pesawat A380 kelima telah diserahkan kepada syarikat penerbangan itu pada 22 Februari lalu manakala yang keenam dijangka diserahkan pada pertengahan Mac dan akan menjadi superjumbo ke-100 keluar dari kilang pengeluaran Airbus di Toulouse, Perancis.

Pelanggan boleh menempah tiket perjalanan mereka dengan Malaysia Airlines melalui semua saluran pengedaran terutamanya www.malaysiaairlines.com, panggilan bebas tol 24 jam Malaysia Airlines di 1 300 88 3000, MHBuddy di Malaysia Airlines Facebook, MHmobile, pejabat tiket Malaysia Airlines dan ejen yang dilantik di seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai pakej MASholidays boleh didapati di http://holiday.malaysiaairlines.com atau talian +603-7863 4000 (semasa waktu bekerja harian biasa). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan