Kerajaan Tidak Pernah Perguna Veteran ATM Untuk Politik - Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Kerajaan tidak pernah menggunakan bekas anggota tentera termasuk pegawai tertingginya yang menyokong kerajaan untuk kepentingan politik, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru katanya, beliau berasa kasihan melihat empat bekas pegawai tertinggi tentera yang kini diperguna Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik parti pembangkang. "...dan kita juga tahu latar belakang tiap-tiap seorang mereka (bekas pegawai terbabit) semasa perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Perbarisan Perarakan Anggota dan Aset Tentera Darat sempena sambutan ulang tahun ke-80 Tentera Darat di Kem Si Rusa, di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai empat bekas pegawai tinggi ATM iaitu Lt Jen. (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid (Laut) dan Brig. Jen. (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat) yang dijemput pembangkang ke pentas ceramah mereka.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata sebagai anggota ATM mereka seharusnya berpegang teguh kepada sumpah dan ikrar yang dilaungkan dan diterjemahkan dalam bentuk yang sepatutnya hingga ke akhir hayat.

Katanya mereka juga tidak seharusnya mendedahkan rahsia negara, terutama dalam bidang pertahanan kepada mana-mana pihak, apatah lagi jika untuk kepentingan politik.

"Kita harap bekas-bekas jeneral yang lain dapat menasihatkan bekas-bekas jeneral yang telah digunakan ini supaya mereka tidak dijadikan alat oleh pembangkang dan menggambarkan seolah-olah seluruh ATM dan veteran bersama-sama dengan mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan