Keadaan Kesihatan Dua Anggota Komando Polis Yang Cedera Dilapor Stabil

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KRISIS LAHAD DATU...Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ketika melawat anggota komando polis, Kpl Mohd Tarmizi Hashim, yang cedera akibat dari insiden tembakan dengan penceroboh di Kampung Tanduo semalam, di Hospital Lahad Datu, Sabah pada Sabtu. -Foto BERNAMA
KRISIS LAHAD DATU...Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ketika melawat anggota komando polis, Kpl Mohd Tarmizi Hashim, yang cedera akibat dari insiden tembakan dengan penceroboh di Kampung Tanduo semalam, di Hospital Lahad Datu, Sabah pada Sabtu. -Foto BERNAMA

LAHAD DATU: Keadaan kesihatan dua anggota komando polis yang kini dirawat di Hospital Lahad Datu dilaporkan stabil selepas cedera dalam insiden tembak menembak dengan kumpulan penceroboh warga Filipina di Kampung Tanduo.

Pengarah Hospital Lahad Datu Dr Tan Hee Ting berkata kedua-dua mereka telah menjalani pembedahan kecil mengeluarkan peluru.

"Mereka kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di wad biasa untuk proses pemulihan," katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ke atas dua anggota komando polis itu di Hospital Lahad Datu di sini, Sabtu.

Dua anggota komando berkenaan adalah Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, yang terkena tembakan di bahu kanan dan kedua-dua kaki, manakala Kpl Azman Ampong, 39, terkena tembakan di punggung dan paha.

Seorang lagi anggota yang cedera, Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22, menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Mengenai laporan laman sosial yang mendakwa hospital itu menghadapi kekurangan bekalan tabung darah, Tan menafikan laporan itu bahawa bekalan darah di hospital itu adalah mencukupi.

Menurutnya pihaknya sudah diberikan notis sejak dua minggu lepas untuk membuat persediaan berhubung krisis pencerobohan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar turut melawat kedua-dua mereka dan meluangkan masa 20 minit.

Beliau diiringi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Omar Mammah.

Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata kedua-dua anggota itu ada menyatakan kepadanya mengenai semangat mereka yang berkobar-kobar untuk kembali bertugas.

Menurutnya apa yang penting mereka dalam keadaan stabil.

Di SANDAKAN, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata mangsa kelihatan sihat dan berehat atas nasihat doktor.

"Saya tengok keadaan mangsa stabil. Semasa saya datang melawat dia tidak bercakap apa-apa kerana diminta berehat oleh doktor," katanya kepada pemberita semasa melawat anggota komando polis itu.

Tinjauan Bernama mendapati beliau dikawal ketat pihak keselamatan dengan orang ramai tidak dibenarkan melawatnya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan