Jenazah Dua Komando Terkorban Tiba Di Subang Tengah Hari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Jenazah dua anggota polis komando yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan bersenjata Sulu pada Jumaat diterbangkan dari Tawau pada pukul 8 pagi Sabtu.

Penerbangan itu dijadulkan tiba di Subang pada tengah hari di mana jenazah itu akan diterbangkan ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Jenazah Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Koperal Sabaruddin bin Daud, 47, akan diberi penghormatan terakhir semasa ketibaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, tiada insiden tembakan dilaporkan pada sebelah malam di Kampung Tanduo di mana 12 anggota kumpulan bersenjata Sulu maut manakala dua anggota polis komanda terkorban.

Tiga lagi anggota polis komando cedera.

Panggilan ke telefon bimbit ketua kumpulan bersenjata Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram tidak berjawab manakala keluarganya di Manila memberitahu kumpulan terbabit akan tetap dengan keputusan mereka.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan