Beberapa Isu Besar Dihadapi Pembangkang Bakal Mudahkan BN Terengganu Dalam PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Beberapa isu besar yang melanda pembangkang di dijangka memudahkan Barisan Nasional (BN) Terengganu mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Pegawai Pembangunan Parlimen (PPP) Marang Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, antara isu besar yang dicetus pembangkang yang akan memakan dirinya sendiri ialah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

"Ramai orang berkata PRU-13 kali ini merupakan ibu segala PRU yang kritikal kepada BN. Namun dengan segala macam isu besar yang dicetus pemimpin pembangkang, sudah pasti PRU kali ini merupakan PRU yang mudah bagi BN.

"Kita sebagai umat Islam, kita tidak boleh berkongsi kalimah Allah dengan agama lain kerana ia hak eksklusif orang Islam," katanya ketika berucap menutup program Himpunan Kesatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai dekat sini, sabtu.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai 'The Giant Killer' selepas mengalahkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada PRU 2008 berkata, isu penggunaan kalimah Allah sama seperti isu amanat Abdul Hadi yang dikeluarkan pada 1981 dulu yang akan memakan dirinya sendiri.

Katanya lain-lain isu yang akan melemahkan pembangkang termasuk pemberian Bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana pembangkang menyifatkannya sebagai pemberian makanan kepada lembu atau ayam selain pakatannya dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu Abdul Rahman berkata, di Terengganu, BN mampu memenangi kesemua lapan kerusi parlimen di negeri ini dengan BN mampu memenangi 29 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan