Muhyiddin Tiba Untuk Lawatan Sehari Ke Kelantan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini untuk mengadakan lawatan sehari di Kelantan.

Muhyiddin yang ditemani isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba pada pukul 9.35 pagi dan disambut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MIC negeri M. Kuppusamy dan Timbalan Pengerusi MCA Kelantan Tan Ken Ten serta barisan kepimpinan komponen Barisan Nasional Kelantan.

Sejurus tiba, Muhyiddin dan isteri menghadiri majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini.

Muhyiddin kemudian akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Masjid Aril, Melor di sini, diikuti menghadiri jamuan rakyat di Masjid Kampung Tegayung juga di Melor pada pukul 2.20 petang.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri kemudian akan menghadiri Himpunan Anak Muda Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di Tanjung Chat di sini pada pukul 3.50 petang yang dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan di negeri ini.

Muhyiddin dan isteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara pada pukul 5.30 petang. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan