Lahad Datu: Pantai Timur Sabah Diberi Amaran Keselamatan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kawasan sekitar di Lahad Datu begitu lengang apabila pantai timur Sabah diberi amaran keselamatan yang meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga. Foto oriental daily
Kawasan sekitar di Lahad Datu begitu lengang apabila pantai timur Sabah diberi amaran keselamatan yang meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga. Foto oriental daily

LAHAD DATU: Pantai timur Sabah diberikan amaran keselamatan yang tinggi berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo pada Jumaat.

Banyak kedai, perniagaan termasuk bank dan sekolah terus ditutup apabila berita mengenai insiden itu disebarkan ke seluruh negeri.

Polis Lahad Datu turut menasihatkan orang ramai supaya berada di dalam rumah dan tidak mempercayai khabar angin.

Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintenden Firdays Francis Abdullah berkata, kesemua mereka bersama-sama bersiap sedia dengan agensi keselamatan yang lain.

“Kami masih belum lagi menerima sebarang arahan darurat daripada pihak berkuasa yang lebih tinggi,” katanya, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan orang ramai harus tenang.

“Ramai yang bimbang bahawa masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tiada apa perlu dibimbangkan kerana kumpulan bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu,” katanya.

Semporna dan Lahad Datu berhadapan dengan seranan lanun dari selatan Filipina pada 80-an dan 90-an.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan