Kereta Perisai Canggih Tentera M'sia Akan Dipertontonkan Umum Pada Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kereta perisai tempur canggih yang direka untuk abad ke-21 dan bakal digunakan Tentera Darat Malaysia akan dipertontonkan kepada orang ramai buat pertama kalinya semasa sambutan Hari Tentera Darat ke-80 di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Sabtu. Foto BERNAMA
Kereta perisai tempur canggih yang direka untuk abad ke-21 dan bakal digunakan Tentera Darat Malaysia akan dipertontonkan kepada orang ramai buat pertama kalinya semasa sambutan Hari Tentera Darat ke-80 di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Sabtu. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kereta perisai tempur canggih yang direka untuk abad ke-21 dan bakal digunakan Tentera Darat Malaysia akan dipertontonkan kepada orang ramai buat pertama kalinya semasa sambutan Hari Tentera Darat ke-80 di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Sabtu.

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, kereta perisai yang direka bentuk di Turki itu dibawa ke tanah air dengan pesawat dan kini ditempatkan di sebuah kem tentera di Port Dickson.

"Sebenarnya kereta perisai itu masih bersifat prototaip dan ketibaan kenderaan itu adalah untuk menjalani percubaan muka bumi dan pengaruh cuaca di negara ini selama beberapa minggu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kereta perisai yang mempunyai lapan tayar itu dibangunkan dengan teknologi Turki dan dikenali sebagai 'Pars' dan sebuah kilang akan didirikan di Malaysia untuk mengeluarkan kenderaan versi tempatan yang dikenali sebagai AV8.

Sementara itu blogger pertahanan tempatan malaysiamilitarypower.blogspot.com Harsul Fariddi ketika dihubungi memberitahu, kedatangan kereta perisai itu telah menjawab persoalan yang selama ini ditunggu-tunggu rakyat Malaysia.

"Orang ramai berasa sedikit kecewa sebelum ini kerana terdapat desas-desus projek itu gagal disebabkan reka bentuk nyatanya tidak pernah ditunjukkan dalam pameran-pameran pertahanan sebelum ini seperti di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata, ketibaan kereta perisai canggih itu di negara ini mula dikesan apabila gambar kenderaan berkenaan yang menyertai raptai untuk sambutan Hari Tentera Darat di Port Dickson sudah mula beredar di kalangan komuniti peminat ketenteraan tempatan sejak dua hari lepas.

Berdasarkan gambar AV8 yang beliau lihat, kenderaan yang akan dipamerkan pada Sabtu merupakan versi Armour Fighting Vehicles (AFV) yang akan menggantikan kereta perisai lama ATM seperti Condor dan Sibmas.

"Saya percaya berdasarkan gambar itu, saya menjangkakan terdapat penambahan perisai pada kenderaan itu berbanding model asal dan kita melihat banyak persamaan peralatan pada satu lagi kereta perisai roda runut milik Tentera Darat iaitu ACV-300 Adnan yang juga buatan Turki," katanya.

"Kereta perisai AV8 yang akan dipertontonkan kepada umum esok (Sabtu) mempunyai peralatan 'defensive suite' aktif dan pasif menyamai atau lebih baik daripada ACV-300 Adnan dan berkongsi turet yang sama dengan meriam 25mm Bushmaster," katanya.

Malaysia membuat pelaburan RM8 bilion beberapa tahun lepas dengan Turki untuk membangunkan AV8 dengan perolehan pertama berjumlah 257 kereta perisai pelbagai varian. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan