Kawalan Di Sempadan Dan Perairan Negara Perlu Dipertingkat - Tun M

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat menggesa pasukan keselamatan supaya meningkatkan kawalan serta rondaan di kawasan sempadan dan perairan negara bagi mengelakkan ia dicerobohi pihak luar.

Beliau berkata, ia penting bagi mengelakkan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah daripada berulang.

"Nampak begitu mudah sekali, satu pasukan tak canggih dapat masuk dalam negara kita. Ini bermakna kita harus tingkatkan kawalan kita supaya tiada orang boleh ceroboh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Tradisi dan Kesinambungan: Tenunan dan Tekstil Berhias Semenanjung Tanah Melayu di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, pembangkang sudah pasti akan mengggunakan isu berkenaan sebagai modal politik mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat.

"Pembangkang akan guna segalanya kerana pada mereka tak ada apa yang tak boleh dijadikan isu politik," kata bekas perdana menteri.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata, bagi tekstil tradisional untuk kekal relevan dan kompetitif dalam abad ke-21, pembuat dan artisan kraf perlu berusaha memenuhi permintaan pasaran yang sentiasa berubah.

"Bagaimanapun kita perlu ingat bahawa selain daripada fungsi asasnya, tekstil berperanan mendukung tradisi kita sejak zaman berzaman, khususnya pada majlis dan upacara," katanya.

Dr Mahathir juga menggesa muzium supaya mengumpul dan memulihara warisan tekstil serta terus menjalankan penyelidikan, mendokumen dan mempamer koleksi tekstil.

Beliau menegaskan usaha seumpama itu merupakan pemangkin ke arah memupuk kesedaran mengenai pentingnya tekstil dan kraf tradisional Malaysia, bukan sahaja untuk semua orang pada masa sekarang tetapi juga generasi akan datang.

Pameran itu yang mempamerkan lebih 50 helai tekstil Melayu didedikasikan khas kepada ikon dan pencinta budaya Malaysia iaitu Allahyarham Azah Aziz.

Ia berlangsung di Galeri Khas 2, Muzium Kesenian Islam Malaysia dan dibuka kepada orang ramai mulai Sabtu, 2 Mac hingga 30 Jun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan