Jangan Seret SPR Dalam Kempen Politik - Wan Ahmad

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 agar tidak mengheret institusi itu dalam kempen mereka.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR adalah badan bebas yang bertanggungjawab melaksanakan proses pilihan raya secara adil dengan memberikan layanan sama rata untuk parti politik dan juga pengundi.

"Kita mahukan pilihan raya yang adil dan bebas. Tapi janganlah kaitkan kita ketika sebelum dan sedang berkempen. Kita cuma pihak yang menguruskan pilihan raya dan bukannya bertanding," katanya kepada Bernama.

Wan Ahmad turut menegaskan parti politik tidak harus menjadikan urusan dalam pelaksanaan PRU sebagai bahan kempen dan perbuatan sedemikian amat tidak bertanggungjawab.

Katanya SPR telah melakukukan pelbagai penambahbaikan bagi memantap proses pilihan raya di negara ini seperti yang dituntut sesetengah pihak termasuk parti politik.

"Macam-macam mereka (parti politik) minta. Kita sudah wujud dakwat kekal seperti diminta, malah mereka minta reformasi undi pos dan kita ganti dengan undi awal. Dia minta akses pada media awam, kita bagi," katanya.

Wan Ahmad juga berkata SPR sentiasa membersihkan daftar pemilih secara berterusan berasaskan undang-undang dan peraturan dengan kerjasama Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Mengenai tempoh berkempen, SPR akan membuat keputusan mengenainya dengan mengambil kira semua aspek seperti undi dari luar negara.

"Harus difahami, kertas undi luar negara akan dihantar oleh kedutaan dari seluruh dunia. Ia akan mengambil masa untuk sampai ke pegawai pengurus. Ini semua kita ambil kira," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan