Insiden Jambatan Runtuh: PLUS Sangkal Dakwaan PKNS

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keadaan jambatan di persimpangan bertingkat di Selangor Science Park 2, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya yang runtuh pada Khamis.
Keadaan jambatan di persimpangan bertingkat di Selangor Science Park 2, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya yang runtuh pada Khamis.

CYBERJAYA: Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menyangkal dakwaan PKNS bahawa syarikat konsesi itu bertanggungjawab menyelenggara jambatan di persimpangan bertingkat dekat Cyberjaya yang runtuh pada Khamis.

Menurut PLUS, jambatan di persimpangan bertingkat dekat Selangor Science Park 2 yang dibina oleh PKNS, tidak pernah diserahkan kepada syarikat itu untuk diselenggara.

"Ia dibina oleh PKNS dan masih di bawah tanggungjawab PKNS sehingga hari ini," menurut PLUS dalam satu kenyataan.

PLUS berkata, jambatan tersebut ditutup selepas didapati tidak selamat ketika lawatan tapak oleh Menteri Kerja Raya pada 7 Disember lalu.

Malah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mewujudkan satu lencongan jalan di persimpangan bertingkat antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di laluan Lingkaran Putrajaya.

Jambatan tersebut runtuh pada tengah hari Khamis, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Namun terdapat beberapa paip-paip besar di bawah jambatan tersebut rosak menyebabkan beribu-ribu liter air memancut keluar.

Terdahulu Pengurus Besar PKNS, Othman Omar memberitahu bahawa projek yang bermula pada 2007 dan selesai dua tahun kemudian diserahkan kepada PLUS dan LLM pada Mac tahun lalu.

"Kami menyerahkan jambatan itu kepada PLUS, ia masih berada dalam keadaan baik pada November. Jalan itu dianggap tidak selamat kerana dibina di atas tanah paya dan kontraktor yang dilantik telah mengorek semula jalan tersebut dan membuat lapisan tar baru di bawah jambatan tersebut," katanya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dalam satu kenyataan berkata, LLM mendapati berlaku beberapa pergerakan pada salah satu tiang di jambatan terbabit.

"Saya telah melawat tapak tersebut dan selepas diberi taklimat mengenai projek itu, kami memutuskan untuk menutup jambatan tersebut atas faktor keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

Susulan insiden itu, Othman berkata PKNS akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal untuk mengenal pasti punca runtuhan itu.

Othman berkata kerja-kerja pembersihan akan mengambil masa selama tiga minggu dan proses membaiki jambatan yang runtuh itu memerlukan tempoh sehingga lapan bulan dengan kos antara RM6 bilion dan RM7 bilion.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan