DUN Negeri Sembilan Berakhir 26 Mac

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan berakhir pada 26 Mac ini, kata Yang Dipertua DUN negeri itu Datuk Razak Mansor.

Beliau berkata, mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri pada 26 Mac jika tidak ada pengumuman pembubaran DUN sebelum tarikh itu.

Setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mentadbir negeri pada pilihan raya umum ke-12 lalu, mandat ini akan berakhir pada tarikh itu selepas cukup tempoh lima tahun, katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Beliau berkata selepas tarikh itu, kerajaan sementara akan diwujudkan oleh Menteri Besar dan beliau akan mentadbir negeri dengan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.

Razak yang juga Anggota DUN Pertang berkata, jika dalam tempoh 60 hari itu tidak diadakan pilihan raya, Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir akan mengambilalih pemerintahan dan baginda boleh melantik kerajaan.

"Peraturan ini adalah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang telah diamalkan. Memang kebiasaannya begitu, tetapi selalunya tidak sampai Yang Dipertuan Besar mengambilalih," katanya.

DUN Negeri Sembilan merupakan antara yang terawal terbubar sendiri jika tidak ada pembubaran dibuat.

DUN Negeri Sembilan terdiri daripada 36 kawasan dan pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, BN memenangi 21 kerusi manakala pembangkang 15 kerusi. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan