Adik Beradik Antara Individu Terkaya Di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasangan adik beradik Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin yang mempunyai kepentingan sama banyak dalam Sapura Group kini merupakan individu terkaya dengan aset bersih bernilai RM3.24 bilion.

Mereka antara 14 individu terkaya, melonjak 11 anak tangga pada tahun lalu dalam senarai 50 individu terkaya Malaysia menurut majalah Forbes.

Adik beradik itu memasuki senarai tersebut selepas penggabungan bernilai AS$3.7 juta (RM11.4 bilion) antara SapuraCrest dan Kencana Petroleum.

Turut tersenarai buat pertama kali adalah Naib Pengerusi Eksekutif Tan Chong Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew dengan anggaran kekayaan RM3.7 bilion (AS$1.2 bilion).

Menurut Forbes, terdapat sembilan pendatang baru dalam senarai 50 individu terkaya Malaysia.

Forbes menambah senarai individu terkaya Malaysia kepada 50 berbanding hanya 40 pada tahun lalu dengan anggaran kekayaan minimum sebanyak RM448.20 juta (AS$145 juta) untuk melayakkan diri.

Pendatang baru termuda yang menduduki tempat ke-28 iaitu Loh Kian Chong, 36, dari Oriental Holdings Berhad.

Beliau adalah cucu kepada mendiang Tan Sri Loh Boon Siew.

Forbes berkata, walaupun pilihan raya umum bakal diadakan dalam tempoh terdekat, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 4% sepanjang tahun lalu dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik 6.4%.

"Ia menyaksikan peningkatan kekayaan 23 daripada individu yang disenaraikan dalam senarai terbarunya manakala 14 lagi menanggung kerugian," menurut Forbes.

Senarai itu masih didahului oleh taikun perniagaan, Robert Kuok, 89, yang kekal sebagai individu terkaya buat kali kelapan berturut-turut.

Anggaran kekayaannya kini mencecah RM38.63bil (AS$12.5 bilion).

Taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan pula berada di tempat kedua dengan aset kekayaan RM36.16 bilion (AS11.7 bilion) meningkat dari RM30.61 bilion (AS9.9 bilion) pada tahun lalu.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, 59, turun satu anak tangga, menduduki tempat ke-8 dengan anggaran kekayaan RM8.49 bilion (AS$2.75 bilion).

Forbes berkata senarai itu dikumpul dari maklumat yang diperolehi dari individu, bursa saham, dokumen awam dan penganalisis.

Kekayaan yang dimiliki secara persendirian dianggar menggunakan penyata kewangan yang diperoleh menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan