Skuad 'Kami Di Sini' Ditubuh Bantu Dekati Pengundi Muda

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Mantan Ketua Pergerakan Pemuda Umno dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Warga Kuala Lumpur dan Selangor (Peka) pada Khamis menubuhkan Skuad BN 'Kami Di Sini'.

Skuad ini akan menjelajah ke seluruh negeri menggunakan kontena bergerak dalam usaha mendekati golongan muda yang akan mengundi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penubuhan skuad berkonsepkan sukarelawan itu akan memainkan peranan penting dalam menjelaskan mengenai dasar kerajaan yang sering diputar-belitkan pembangkang kepada generasi muda masa kini.

"Pakatan pembangkang sanggup menghalalkan apa jua cara sekalipun untuk berkuasa dan mereka akan mempermainkan emosi serta menanam perasaan kebencian anak-anak muda kepada kerajaan.

"Oleh itu, Skuad BN menerusi program 'Rakyat Bersatu, Negara Maju' akan bergerak ke seluruh negeri untuk mendedahkan golongan muda mengenai perjuangan sebenar parti dan transformasi yang telah dilakukan Perdana Menteri," katanya selepas melancarkan Skuad BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.

Tengku Adnan berkata, seramai 1,000 anak muda telah mendaftar untuk menyertai skuad tersebut sehingga Khamis.

"Penyertaan program ini terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan berkonsepkan sukarelawan. Mereka yang ingin menyertainya kena ikhlas dalam membantu BN dan perlu memahami perjuangan sebenar parti," katanya.

Menurut beliau, kontena bergerak tersebut juga akan dijadikan sebagai pentas untuk golongan belia mempamerkan bakat dan muzik mereka.

"Kontena akan dipandu menjelajah lokasi pilihan, sesuai dengan tema program Skuad BN dan lokasi yang dipersetujui bersama.

"Setiap lokasi akan turut memberi ruang bagi pemimpin BN menyampaikan ucapan dan mendekati golongan muda yang akan mengundi buat pertama kali," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan