Sambutan Ulang Tahun Ke-28 Parti Bersatu Sabah Pada 5 Mac

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini, akan menyambut ulang tahun ke-28 di Dewan Hakka Hall, Likas pada 5 Mac.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Penerangan PBS, Datuk Johnny Mositun berkata, pelbagai acara disusun untuk sambutan itu, yang diadakan di tengah-tengah persiapan akhir parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Ini termasuk perutusan ulang tahun daripada Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, persembahan lagu khas oleh anggota majlis tertinggi PBS dan cabutan bertuah, katanya.

"Presiden kami (Pairin) berkemungkinan menyampaikan ucapan yang menggariskan atau menggambarkan perjalanan perjuangan PBS dahulu dan kini, termasuk isu berkaitan masalah pendatang tanpa izin di Sabah dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Mositun menjangkakan kira-kira 1,200 orang, termasuk wakil dari semua bahagian PBS akan menghadiri sambutan ulang tahun itu.

Beliau berkata, penganjur akan turut menjemput pemimpin veteran parti untuk turut berkongsi kemeriahan sambutan.

PBS didaftarkan sebagai sebuah parti politik pada 5 Mac 1985 di sebalik ketidaktentuan dan pergolakan persekitaran politik. Pada pilihan raya negeri April 1985, PBS memenangi 26 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri dan seterusnya membentuk kerajaan negeri yang baru dengan Pairin sebagai Ketua Menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan