PRU-13: Nama Tee Keat Tiada Dalam Senarai

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nama Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar) tidak ada dalam senarai nama calon parti itu bagi pilihan raya ke-13 yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengesahkan demikian pada Rabu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, justeru beliau tidak mendapat sebarang maklumat mengenai Ong yang akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon secara langsung oleh Barisan Nasional (BN) seperti disiarkan dalam sebuah portal berita baru-baru ini.

"Saya belum mendengar sebarang pemberitahuan mengenai pelantikan itu. Setahu saya dalam senarai nama calon kami tidak ada namanya (Ong).

"Bagaimanapun, jika pelantikan itu melibatkan MCA, kami akan mengadakan perbincangan dan akan mengumumkannya kemudian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku "The Professor and the JUITA-NGO" di sini oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Terdahulu ketika melancarkan buku itu, Ng berkata buku karya isteri Menteri Besar Johor, Prof Datin Paduka Dr Jamilah Ariffin itu dapat dijadikan sebagai bahan inspirasi kepada wanita serta golongan muda bagi bergiat dalam khidmat sosial dan masyarakat.

Beliau berkata buku itu bukan sahaja mencatat ranjau perjalanan hidup Dr Jamilah sebagai isteri kepada tokoh politik terkemuka di Johor iaitu Datuk Abdul Ghani Othman tetapi juga sebagai Presiden Badan Amal Tenaga Isteri dan Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA).

"Dengan ilmu akademik dan pengalaman sebagai perunding dalam bidang pembangunan wanita sepanjang lebih daripada 10 tahun, Dr Jamilah telah banyak membantu merancang projek-projek kebajikan JUITA dengan cara baru penajaan iaitu "Perkongsian Bijak" dalam mencari penaja projek.

"Setakat ini sebanyak 14 projek melibatkan pembangunan wanita, keluarga serta orang asli berjaya dibawa oleh pihak JUITA sepanjang 17 tahun penubuhannya sejak tahun 1996," katanya.

Sementara itu, Dr Jamilah yang hadir pada majlis itu, berkata sebagai seorang sosiologis terlatih, beliau mendapati banyak masalah sosial yang perlu ditangani.

"Jadi saya memutuskan untuk menulis segala aktiviti dan pengalaman," katanya. Buku itu yang diterbitkan oleh MPH Group Publishing boleh didapati di semua kedai buku utama pada harga RM120 senaskah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan