Malaysia Kini Ada 14 Bilionair - Forbes

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai AS$12.5 bilion (RM38.63 bilion), demikian menurut senarai terkini orang terkaya Forbes.

Malaysia juga kini mencatatkan kekayaan bernilai 14 bilion dolar, melonjak daripada 11 setahun yang lepas.

Indeks Komposit Kuala Lumpur telah bergerak naik empat peratus sejak tahun lepas dan dalam tempoh itu, keluaran dalam negara kasar negara mengukuh 6.4 peratus.

Dalam proses itu, seramai 23 taikun di senarai itu menyaksikan kekayaan mereka meningkat dengan Robert Kuok mendahuluinya untuk lapan tahun berturut-turut dengan kekayaan bersih AS$12.5 bilion.

Pegangannya termasuk Shangri-La Hotels, Kerry Properties dan the South China Morning Post, akhbar berbahasa Inggeris terkemuka di Hong Kong.

Tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menyaksikan kekayaannya meningkat daripada US$9.9 bilion pada 2012 kepada AS$11.7 bilion tahun ini.

Antara urus niaga terbaru yang menambahkan kepada kekayaannya ialah penjualan kepentingan dalam syarikat telekom gergasi Maxis dan penyenaraian syarikat pengendali TV berbayar Astro, yang dijadikan persendirian pada tahun 2010 dan mengumpul US$1.5 bilion dalam proses ini.

Lim Kok Thay, anak lelaki kepada usahawan kasino terkenal, mendiang Lim Goh Tong pula mengendalikan Genting Group dengan rangkaian resort dan kasino di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Filipina dan United Kingdom dan 43 peratus kepentingan dalam Norwegian Cruise Line.

Beliau berkongsi kekayaan bersihnya yang bernilai AS$6.6 bilion itu dengan ibunya, Lee Kim Hua yang berusia 82 tahun dan anggota keluarganya yang lain.

Senarai 50 orang terkaya di Malaysia tahun ini termasuklah sembilan anggota baru.

Antara bilionair yang pertama kali memasuki senarai ialah taikun auto Tan Heng Chew dan keluarganya yang menduduki tempat ke-11 dengan kekayaan bernilai AS$1.2 bilion.

Keluarga itu memiliki Tan Chong Motor Holdings yang memasang kenderaan bermotor, menghasilkan alat ganti dan berurus niaga kelengkapan perindustrian dan barangan pengguna.

Shahril dan Shahriman Shamsuddin, adik beradik di belakang kejayaan Sapura Group, turut memasuki ranking bilionair selepas penggabungan bernilai AS$3.7 bilion antara SapuraCrest dan Kencana Petroleum (dikendali oleh Mokhzani Mahathir, di tangga ke-15 dengan AS$980 juta).

Kedua-dua adik beradik itu muncul di tangga ke-12 dengan harta bernilai AS$1.05 bilion, naik daripada AS$845 juta tahun lepas.

Tahun lepas merupakan tahun bertuah untuk taikun perjudian, Chen Lip Keong, yang mengasaskan kumpulan kasino Kemboja, NagaCorp, yang telah mengaut keuntungan daripada hasil perniagaan itu.

NagaCorp menguasai secara monopoli kasino-kasino di Phnom Penh sehingga 2035. Beliau turut menceburi bidang perhotelan, restoran, runcit dan kompleks hiburan yang sedia untuk siap pada 2015.

Tahun ini, minimum bersih bernilai AS$145 juta diperlukan untuk layak dalam senarai itu yang dikumpul menggunakan maklumat pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis, pangkalan data persendirian, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sumber-sumber lain.

Angka bersih adalah berdasarkan kepada harga pasaran dan kadar tukaran pada penutup pasaran 14 Februari 2013.

Syarikat-syarikat persendirian dinilai menggunakan nisbah kewangan dan perbandingan lain dengan syarikat-syarikat serupa yang diniagakan awam.

Senarai 14 orang terkaya Forbes di Malaysia ialah:

1) Robert Kuok - AS$12.5 bilion,

2) Ananda Krishnan - AS$11.7 bilion

3) Lim Kok Thay - AS$6.6 bilion

4) Teh Hong Piow - AS$5.6 bilion

5) Quek Leng Chan - AS$4.8 bilion

6) Lee Shin Cheng - AS$4.5 bilion

7) Yeoh Tiong Lay - AS$2.8 bilion

8) Syed Mokhtar AlBukhary - AS$2.75 bilion

9) Tiong Hiew King - AS$1.8 bilion

10)Vincent Tan - AS$1.3 bilion

11)Tan Heng Chew - AS$1.2 bilion

12)Shahril & Shahriman Shamsuddin - AS$1.05 bilion

13)Chen Lip Keong - AS$1.01 bilion

14)Lee Oi Hian & Lee Hau Hian - AS$1 bilion

Senarai penuh boleh dilihat di www.forbes.com/malaysia, serta keluaran terbaru Forbes Asia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan