KR1M, MR1M Dan KKR1M Ditambah Tahun Ini - KPDNKK - Berita Semasa | mStar

KR1M, MR1M Dan KKR1M Ditambah Tahun Ini - KPDNKK

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan 90 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan beroperasi tahun ini selepas ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Ketua Unit Pengurusan dan Pelaksanaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Fariszan Ahmad berkata penambahan itu melibatkan 25 buah di Sabah, Sarawak (30), Labuan (dua) manakala 33 premis lain di semenanjung.

"Sehingga kini kita ada 87 KR1M seluruh negara dan pada awal pelaksanaanya, hanya terdapat 250 produk, tetapi dengan sambutan yang amat baik, maka produk KR1M bertambah menjadi 405 ketika ini," katanya kepada Bernama Radio24, di sini Khamis.

Beliau berkata kerajaan bercadang untuk memberi tumpuan di kawasan bandar bagi pembinaan KR1M kerana fokus utamanya adalah untuk mengurangkan bebanan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan bandar.

"Berikutan permintaan yang tinggi oleh rakyat selepas kita melancarkan KR1M yang pertama di Stesen LRT Kelana Jaya pada 11 Jun 2011, ia perlu diperluaskan sebagai satu gerakan nasional," katanya.

Fariszan berkata kerajaan juga menyasarkan 1,000 premis makanan menyertai projek Menu Rakyat 1Malaysia MR1M tahun ini bagi menambah bilangan sedia ada iaitu 3,572 premis yang menawarkan harga makanan yang lebih murah kepada orang ramai.

"Selain daripada KR1M dan MR1M, kerajaan juga akan menambah bilangan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia KKR1M sebanyak 30 lagi menjadikannya 34 buah menjelang akhir tahun ini," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata KPDNKK di setiap negeri dan daerah akan memantau semua inisiatif itu bagi memastikannya berjalan seperti dirancang. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan