Jumlah Mangsa Banjir Di Tiga Negeri Meningkat

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di tiga negeri meningkat pada pagi Khamis dengan sejumlah 5,167 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 3,642 orang malam Rabu.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan yang dipindahkan ke 26 pusat pemindahan pagi ini meningkat kepada 2,637 orang berbanding 1,072 mangsa pada malam Rabu.

Kenaikan mendadak mangsa banjir itu berpunca daripada limpahan air Sungai Golok di Rantau Panjang yang kini menjangkau sehingga ke jajahan Tumpat.

Jajahan Pasir Mas masih mencatat jumlah perpindahan tertinggi iaitu 1,832 orang penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok di Rantau Panjang, membabitkan 627 keluarga yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara.

Bagaimanapun, tiada laluan utama ditutup kepada kenderaan.

Di TERENGGANU, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah mangsa meningkat kepada 2,346 orang berbanding 2,334 pada malam Rabu dengan 28 pusat pemindahan dibuka iaitu 25 di daerah Besut, dua di Setiu dan satu di Hulu Terengganu.

Jumlah mangsa banjir di PERAK juga meningkat iaitu 184 mangsa banjir berbanding 178 orang pada malam Rabu yang kini ditempatkan di dua pusat pemindahan, di daerah Manjung dan Perak Tengah. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan