Daftar Pemilih Sentiasa Dibersihkan, Tidak Timbul Isu Pengundi 'Identiti Diragui' - SPR

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa dikemaskini dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengelakkan wujudnya unsur penipuan dan memastikan hanya pengundi yang layak sahaja boleh mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daftar pengundi yang bersih perlu bagi menangkis sebarang keraguan yang mungkin timbul seperti isu kad pengenalan dan status kerakyatan mana-mana pengundi berdaftar.

"Kita hanya akan benarkan pengundi yang mempunyai nama dalam daftar pemilih yang diwartakan oleh SPR. Apa sahaja cerita sebelum ini sama ada pengundi dapat kad pengenalan dengan mudah, isu RCI dan lain-lain, itu semua kita tolak tepi. Kita perlu berbalik kepada peraturan (hanya pengundi yang berdaftar dan disahkan mendapat pengesahan dari JPN).

"Kita sentiasa update daftar pemilih. Senarai daftar pemilih yang disah oleh SPR yang diguna pakai di pusat mengundi itu lah bukti prima facie untuk pengundi menjalankan tanggungjawab mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat dengan pegawai SPR Selangor di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang sebelum ini bahawa wujudnya kes di Perak di mana warga asing dengan mudahnya mendapat kad pengenalan dan tersenarai dalam Daftar Pemilih SPR.

Wan Ahmad dalam pada itu menasihatkan 13.3 juta pengundi berdaftar yang akan keluar mengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 supaya mematuhi undang-undang dan tidak mencetuskan kekacauan semasa proses pengundian.

Beliau berkata walaupun setiap pengundi berdaftar mempunyai hak untuk mengundi tetapi mereka terikat kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan SPR.

"Perkara ini sangat penting perlu difahami semua pengundi berdaftar di Malaysia kerana SPR tidak mahu ada di dalam fikiran pengundi tertentu yang kononnya mereka boleh desak sesuatu atas nama hak, tidak mahu patuhi peraturan dan tatacara pengundian.

"Dalam keadaan ini, jika ia berlaku, kita terpaksa pujuk pengundi itu, bawa dia keluar dari tempat mengundi dan minta dia bertenang. Kemudian kita akan perjelaskan peraturan yang SPR telah tetapkan supaya dia faham dan tidak mengulangi perbuatannya yang boleh ganggu kelancaran proses pengundian," katanya.

Wah Ahmad turut menasihati pengundi supaya merujuk kepada pihak SPR sekiranya timbul masalah semasa proses pengundian kerana hanya pihaknya badan berwajib yang dilantik untuk membuat keputusan.

Mengenai tempoh berkempen, beliau berkata SPR telah menetapkan 11 hari sebagai tempoh minimum untuk parti politik berkempen dan sama ada tempoh itu akan dilanjutkan bergantung kepada mesyuarat yang akan diadakan selepas Parlimen dibubarkan.

"Dalam mesyuarat itu juga kita akan menentukan tiga perkara penting iaitu daftar pemilih yang akan diguna pakai semasa proses pengundian, tarikh hari penamaan dan tarikh hari mengundi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan