Banjir Di Tiga Negeri Semakin Pulih

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Perak mula menunjukkan tanda surut berikutan cuaca baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di tiga negeri itu kini seramai 2,289 orang berbanding 2,509 orang petang Khamis.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tiga jajahan berkurangan kepada 2,112 orang berbanding 2,334 orang pada sebelah petang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, di Pasir Mas terdapat seramai 2,061 orang yang masih ditempatkan di 16 buah pusat pemindahan diikuti di Tumpat (27) dan Pasir Puteh (24).

Kesemua mereka itu membabitkan 715 keluarga.

Paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang hanya surut sedikit kepada 10.19 meter iaitu masih melepasi paras bahaya sembilan meter, manakala sungai lain sudah kembali ke paras normal.

Tiada jalan yang ditutup kepada pengguna, dan cuaca pada malam ini cerah.

Di TERENGGANU, mangsa banjir kekal 80 orang berada di dua pusat pemindahan di Setiu.

Sementara laman portal Majlis Keselamatan Negeri itu melaporkan hanya satu jalan masih ditutup untuk kenderaan ringan iaitu di Setiu, Sec.10, Jalan Permaisuri-Hulu Seladang (Kg. Besut) serta tiga buah sekolah masih ditutup di negeri itu.

Di PERAK, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara hanya daerah Manjung masih dilanda banjir dan seramai 95 orang berada di sebuah pusat pemindahan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan