Umno Kelantan Nafi Minta Penerima BR1M Sumpah Baiah

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Umno Kelantan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak supaya memaksa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) mengangkat sumpah baiah untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno tidak menggunakan BR1M2 sebagai 'umpan' memancing undi apatah lagi memaksa penerimanya bersumpah baiah.

"Tuduhan itu sengaja direka pihak tertentu bagi memburuk-burukkan Umno," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan BRIM 2.0 kepada 700 penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga di sini, Rabu.

Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan PAS menerusi Facebook antaranya mendakwa terdapat pemimpin Umno dalam DUN Tawang meminta penerima BRIM 2.0 bersumpah kufur jika tidak mengundi calon BN sebelum dikeluarkan surat kebenaran menerima bantuan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kelulusan sama ada rakyat layak atau tidak menerima bantuan itu dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bukannya Umno.

Katanya, bentuk bantuan itu adalah terbaik kerana ia disampaikan secara menyeluruh dan telus kepada setiap rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

"Tuduhan itu mungkin datangnya dari mereka yang sakit hati, gimik politik dan sebagai alasan untuk mencari isu untuk mendapatkan simpati rakyat tanpa bukti," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan