PM Terima Anugerah 'Kepimpinan Hubungan Media Sosial'

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penghargaan apabila dianugerahkan 'Kepimpinan dalam Hubungan Media Sosial' oleh Malaysia Social Media Chambers (MSMC) bagi Aktivis Media Sosial No 1 Malaysia.

Anugerah itu disampaikan Pengasas dan Presiden MSMC, Shahul Hameed Shaik Dawood dan disaksikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Minggu Media Sosial Malaysia, di sini Rabu.

Majlis yang dianjur MSMC itu menarik ratusan delegasi dari seluruh dunia termasuk penceramah tempatan dan antarabangsa.

Pada masa ini laman sosial facebook Najib mempunyai 1.4 juta 'like' dan akaun twitter beliau mempunyai 1.2 juta pengikut.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan akaun Instagram beliau apabila mengambil gambar peserta ketika tiba di majlis itu.

"Gambar-gambar anda semua yang saya ambil semasa saya (berjalan) ke pentas sebenarnya menjadi gambar akaun Instagram yang saya lancar hari ini," kata beliau dalam ucapannya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan