Kebanyakan Individu Islam Kata Perkataan “Allah” Eksklusif Untuk Mereka - Kajian

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak 83 peratus individu beragama Islam ditemuramah dalam satu tinjauan baru-baru ini yang bersetuju bahawa penggunaan perkataan “Allah” adalah hak mutlak mereka, menurut satu kajian.

Keputusan itu merupakan sebahagian daripada tinjauan yang “Tinjauan Pendapat Awam No.1/2013 Kajian Pengundi Semenanjung Malaysia”, yang telah dijalankan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu.

Seramai 1,021 pengundi berdaftar telah ditemubual menerusi telefon untuk kaji selidik itu, yang bertujuan untuk mengukur persepsi pengundi berhubung isu dalam kepimpinan sehingga pilihan raya umum.

Selain itu, 52 peratus daripada mereka yang terlibat dalam tinjauan oleh Merdeka Centre for Opinion Research ‘amat tidak setuju’ dengan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang didakwa mahu merampas dan membakar salinan Bible yang mengandungi perkataan “Allah”.

Kaji selidik itu mendedahkan bahawa 40 peratus daripada responden “gembira dengan Kerajaan” manakala 45 peratus melaporkan mereka adalah “gembira dengan Barisan Nasional (BN)”.

Kira-kira 61 peratus daripada responden turut menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Secara keseluruhannya, 56 peratus daripada responden berpendapat bahawa negara telah bergerak ke arah yang tepat.

Para responden dipilih secara rawak berserta dengan bangsa, jantina dan negeri tempat tinggal.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan