Keadaan Banjir Di Empat Negeri Semakin Teruk Pagi Rabu

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di empat negeri semakin teruk pagi Rabu apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 5,027 orang berbanding 1,046 orang malam Selasa.

Kelantan dan Terengganu merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat gelombang ketiga banjir yang melanda di Pantai Timur manakala keadaan banjir di Perak dan Selangor tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu meningkat lebih sekali ganda apabila 3,679 orang dipindahkan sejak malam tadi ke 44 pusat pemindahan melibatkan daerah Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, setakat 10 pagi, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan 1,036 orang dipindahkan ke 19 pusat pemindahan di Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Bachok.

Manakala di Perak, jumlah mangsa banjir seramai 297 orang berada di tujuh pusat pemindahan di Manjung, Perak Tengah dan Larut Matang.

Di Selangor, 15 orang berada di satu pusat pemindahan di Sepang.

Sehingga kini, satu jalan ditutup di Kelantan, iaitu Jalan Rantau Panjang - Panglima Bayu untuk semua kenderaan dan di Selangor, Jalan Sungai Lalang - dari Semenyih ke Hulu Langat dan Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan