Janji Pembangkang Beri Pendidikan Percuma Janji Kosong - Pemuda MCA

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA menempelak manifesto pembangkang untuk memberi pendidikan percuma dari prasekolah sehingga menara gading, serta menyifatkannya sebagai janji kosong demi memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketuanya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata jika pembangkang benar-benar serius dalam melaksana pendidikan percuma, perkara itu boleh dilaksana sejak 2008 di negeri mereka seperti di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

"Universiti ini berada di negeri yang dikuasai mereka. Jadi apa guna untuk mereka beritahu rakyat (pendidikan percuma) jika mereka sebenarnya tidak boleh laksanakan? Hanya cakap sahaja," kata Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina Pemuda MCA di sini, Selasa.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Wanita Datuk Yu Chok Tow dan Timbalan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Mah Hang Soon.

Wee turut mempersoal tindakan pembangkang menghina pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang kurang berkemampuan memandangkan ia satu daripada cara kerajaan membantu golongan itu.

"Pembangkang sebenarnya bercakap begitu kerana mereka tidak boleh melakukan apa yang dilakukan kerajaan dalam membantu rakyat," katanya yang disambut sorakan hadirin.

Sehubungan itu, Wee berharap rakyat dapat menilai sikap 'tin kosong' pemimpin pembangkang dan membuat pilihan tepat pada PRU akan datang. Beliau juga berkata jentera Pemuda MCA kini berada dalam keadaan siap siaga untuk berperang habis-habisan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara.

Sementara itu, Liow dalam ucapannya, berkata MCA sedia bekerja keras pada PRU-13, bukan sahaja untuk kaum Cina tetapi untuk semua rakyat Malaysia seiring gagasan 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata BN sentiasa bersatu hati, dan masa depan negara lebih cerah, ekonomi juga akan terus berkembang di bawah pemerintahan BN.

"Ini berbeza dengan pembangkang yang tidak bersatu hati. Mereka ini (PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP) kata sehati sejiwa, tetapi sebenarnya mereka ini tiga kepala yang tidak sehaluan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan