Jambatan Pulau Pinang Sesak Akibat Kerosakan Besi Penyambung

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Satu lorong di bahagian tengah Jambatan Pulau Pinang ditutup sejak pukul 10.37 pagi Selasa apabila masalah teknikal dikenalpasti pada besi penghubung jambatan.
Satu lorong di bahagian tengah Jambatan Pulau Pinang ditutup sejak pukul 10.37 pagi Selasa apabila masalah teknikal dikenalpasti pada besi penghubung jambatan.

GEORGE TOWN: Laluan Jambatan Pulau Pinang dari Butterworth menghala ke George Town pada Selasa mengalami kesesakan luar biasa ekoran berlaku masalah teknikal di atas jambatan itu.

Pegawai Operasi Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Amran Ahmad berkata, pihaknya mengenalpasti masalah teknikal pada besi penghubung jambatan sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedang menunggu laporan lanjut dari kontraktor bertugas.

"Kita mengesan masalah ini pada pukul 10.37 pagi tadi. Setakat ini hanya satu lorong di bahagian tengah ditutup dan kita masih tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk memulihkannya," katanya.

Beliau menasihati pengguna jambatan merancang perjalanan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan atau mereka menggunakan feri sebagai alternatif untuk ke pusat bandar.

Kerosakan teknikal itu telah mengakibatkan kesesakan di atas jambatan sehingga lebih 3km dari Seberang Jaya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan