Tiga Laluan MRT Baharu Dibuka Di Lembah Pantai

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga laluan Aliran Transit Massa (MRT) yang baharu akan dibuka di kawasan Lembah Pantai bagi menampung kepadatan penduduk serta pembangunan sosioekonomi di kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin berkata tiga laluan itu ialah Pantai Halt (di kawasan setinggan lama Lembah Pantai), Taman Bukit Angkasa (Lembah Pantai) dan Abdullah Hukum (Lembah Pantai).

Katanya, beliau meminta pihak MRT membuka stesen di kawasan berkenaan berikutan kepadatan penduduknya yang mencecah 400,000 orang selain kerancakan aktiviti pembangunan di situ.

"Atas usaha ini mereka bersetuju, dari segi laporan teknikal juga telah siap, perkara ini cuma perlu disahkan oleh Majlis Ekonomi dan Kabinet," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan majlis pecah tanah Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam serta pembukaan tanah kubur baharu seluas 1.2 hektar sumbangan Kumpulan Syarikat Amona.

Menyentuh pembinaan Masjid Al-Khadijah, Raja Nong Chik berkata projek itu membabitkan kos RM15 juta dan dijangka siap dua tahun lagi.

"Keluasannya mencecah 34,276 kaki dengan ruang masjid yang boleh dimasuki hingga 3,000 jemaah, ia sebahagian daripada projek Pantai Sentral Park yang telah diluluskan pihak kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya ketika berucap pada majlis itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan