Tidak Sepakat Pilih Anwar Jadi PM Bukti Kerapuhan Pakatan Pembangkang

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketidaksepakatan pakatan pembangkang untuk melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) menunjukkan kerapuhan pakatan pembangkang yang umpama "retak menanti belah".

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ruslan Kasim berkata perkara itu juga membuktikan kalangan parti pembangkang sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar yang satu masa dahulu begitu disanjungi.

"Isu nak lantik (siapa jadi) perdana menteri pun tidak boleh selesai, macam mana mereka (pembangkang) nak satu padukan rakyat. Luaran sahaja mereka nampak bersatu tetapi sebenarnya berlaku pertembungan pendapat antara mereka di peringkat dalaman.

"Baik kita sokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah pasti 'track recordnya' daripada kita menyokong seseorang yang belum tentu lagi akan jadi PM," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Pada Isnin, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jawatan perdana menteri tidak semestinya menjadi milik Anwar, bagaimanapun pada 12 Februari lepas, Pengerusi DAP Karpal Singh sekali lagi menegaskan Anwar akan menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Anggota Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi yang sependapat dengan Ruslan berkata pakatan pembangkang sepatutnya mengumumkan siapa yang bakal menjadi perdana menteri semasa melancarkan manifesto PRU-13 mereka pada Isnin.

Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata manifesto itu juga boleh dianggap sebagai tidak lengkap dan tidak boleh dipercayai kerana tidak memasukkan nama bakal perdana menteri.

"Mereka tidak boleh selesaikan (masalah) perdana menteri ini sebab ada perebutan. DAP nak Anwar jadi PM tetapi Majlis Syura PAS tidak setuju," katanya.

Penganalisis politik Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata langkah pakatan pembangkang tidak mengumumkan lagi siapa bakal perdana menteri mungkin sebagai salah satu strategi mereka.

"Itu merupakan satu kelemahan dan rakyat sebagai pengundi pastinya nak tahu siapa bakal perdana menteri," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan