Tapir Ditemui Mati Dekat Hutan Simpan Bukit Cerakah

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seekor tapir terdampar di tepi jalan dipercayai mati dilanggar ketika melintasi jalan Batu Arang di KM 11.1 berdekatan Hutan Simpan Bukit Cerakah di Puncak Alam.
Seekor tapir terdampar di tepi jalan dipercayai mati dilanggar ketika melintasi jalan Batu Arang di KM 11.1 berdekatan Hutan Simpan Bukit Cerakah di Puncak Alam.

SHAH ALAM: Seekor tapir jantan dewasa ditemui mati oleh orang ramai di Jalan Batu Arang berhampiran Hutan Simpan Bukit Cerakah di sini pagi Selasa.

Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Ahmad Sahrizan Mohd Nawawi ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bangkai tapir seberat lebih 100 kilogram itu pada kira-kira 9.15 pagi.

Beliau berkata sebaik menerima laporan pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati haiwan itu yang dilindungi oleh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 telah mati di tepi jalan raya.

"Tapir berusia kira-kira 15 tahun itu mati dipercayai akibat cedera parah di badan, kepala dan patah kaki selepas diseret sebuah kenderaan yang melanggarnya sejauh 30 meter," katanya.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6 pagi ini tetapi sehingga kini tiada maklumat jelas mengenai jenis kenderaan yang disyaki melanggar tapir malang itu, katanya.

Ahmad Shahrizan berkata bangkai tapir berkenaan kemudian dihantar ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Hulu Selangor untuk bedah siasat.

Katanya tapir itu dipercayai menghuni hutan simpan Bukit Cerakah dan Perhilitan kini menjalankan bancian bagi mengenal pasti jumlah sebenar tapir yang tinggal di kawasan itu untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Setakat ini, kita tidak mempunyai maklumat tepat mengenai jumlah tapir di kawasan itu tetapi kami percaya hutan simpan Bukit Cerakah merupakan habitat haiwan berkenaan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan