PR Anjur Persidangan Antarabangsa PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 3 hingga 5 Mac ini di Bangunan Parlimen.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tujuan penganjuran persidangan tersebut adalah bagi membincangkan soal integriti proses pilihan raya seperti dalam Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Reformasi Pilihan Raya dan Misi Pencarian Fakta Antarabangsa mengenai pilihan raya di Malaysia.

"Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang akan merasmikan pembukaan persidangan. Mereka yang dijangka hadir ialah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan pula akan bertindak selaku ahli panel.

"Kita juga sedang mendapatkan pengesahan kehadiran daripada Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Norhayati Ismail dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa beberapa panelis antarabangsa akan turut hadir pada persidangan berkenaan antaranya ialah Hakim Marlon Reis (Brazil), Prof Dr Gothom Arya (Thailand), Dr Mohamed Nasir Tamara (Indonesia), Damaso G. Magbual (Filipina), Mobashar Jawed Akbar (India) dan Prof Dr Clinton Fernandes (Australia).

Ditanya sama persidangan akan terganggu sekiranya Parlimen dibubarkan lebih awal, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata ia tidak menjadi masalah kerana tujuan persidangan diadakan adalah bagi mencari jalan penyelesaian dalam pelaksanaan pilihan raya di negara ini.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan