Polis Bantu Guru Kesan Pelajar Ponteng

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis bersedia mengiringi guru yang ingin memantau pergerakan pelajar ponteng sekolah bagi memastikan keselamatan mereka.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis hanya akan berbuat demikian jika pihak sekolah meminta bantuan kerana polis tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pelajar yang ponteng sekolah.

Beliau berkata hanya pihak sekolah mempunyai kuasa penuh mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan termasuk melaksanakan garis panduan bagi membanteras gejala itu.

"Lebih penting, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan utama mendidik anak-anak mereka daripada terjebak dalam salah laku sosial, bukan melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown di Batu Lanchang pada Selasa.

Abdul Rahim berkata polis juga menubuhkan pasukan pegawai perhubungan polis di seluruh sekolah negeri ini bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat dan bebas jenayah dalam kawasan sekolah.

"Pasukan itu melibatkan anggota polis berpangkat pegawai atau sarjan. Setakat ini kita menerima kerjasama yang baik daripada Jabatan Pelajaran negeri termasuk guru-guru," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan