Penstrukturan Semula Pelan Untuk Pastikan Perkhidmatan Air Efisien - MB

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor adalah penting dalam memastikan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menikmati perkhidmatan air yang efisien, berkesan dan mapan pada kadar munasabah.

Ketika menjelaskan penstrukturan semula itu, beliau berkata mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, aset air negeri akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada nilai buku.

Sehubungan itu, beliau berkata pemerolehan aset air akan dibiayai PAAB manakala kerajaan negeri akan membiayai pemerolehan ekuiti konsesi air, katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada masa ini, beliau berkata kerajaan negeri menerima pertanyaan daripada institusi kewangan tempatan dan asing yang berminat membiayai urus janji itu yang dianggap munasabah memandangkan ia memberi pulangan ekuiti 12 peratus setahun bagi pengambilalihan semua aset dan liabiliti berkaitan air di Selangor.

Khalid berkata isu teras masalah air adalah air tanpa hasil (NRW) atau air yang dibazirkan disebabkan ketidakcekapan.

Beliau mendakwa kegagalan pemegang konsesi air Syabas untuk mengurangkan NRW kepada kadar dipersetujui sebanyak 19.98 peratus pada 2011 sebahagian besarnya disebabkan kelemahan pengurusan selain kelemahan perancangan dan pelaksanaan program pengurangan NRW.

Khalid berkata adalah salah bagi Syabas untuk menjadikan pembekuan perbelanjaan modal (capex) oleh kerajaan negeri sebagai penyebab utama kegagalan untuk mengurangkan NRW, dan menambah pembekuan capex pada dasarnya adalah akibat, bukan penyebab, NRW yang tinggi.

Selain daripada capex yang diterima, beliau berkata Syabas turut mendapat RM610 juta dari 2008 hingga 2012 bagi program air percuma di negeri ini, namun terus berada dalam keadaan kewangan yang teruk dan masih berhutang dengan pengendali air kira-kira RM3.4 bilion.

Berdasarkan satu perjanjian, Syabas sepatutnya mengurangkan NRW kepada 19.98 peratus pada 2011 dengan perbelanjaan modal RM784.1 juta namun sebaliknya syarikat itu membelanjakan RM995.7 juta manakala NRW kekal pada 32.31 peratus, katanya.

Khalid berkata Syabas membelanjakan RM1.16 bilion untuk mengurangkan NRW pada 2012 namun NRW masih kekal pada 32 peratus.

Beliau mendakwa kegagalan Syabas untuk mengurangkan NRW mengakibatkan kehilangan 633 juta liter sehari air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan