Penjawat Awam Perlu Hargai Kerajaan Dengan Sokong BN Pada PRU-13 - Cuepacs

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Penjawat awam termasuk pesara kerajaan perlu menghargai kerajaan sedia ada yang telah melakukan pelbagai penambaikan dan transformasi dalam sektor itu dengan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak penambahbaikan dalam sektor itu dengan memberikan 18 manfaat, antaranya kenaikan gaji, pangkat, gaji minimum dan gaji maksimum.

"Sudah bagus sekarang kerana skim pencen pun naik sebanyak dua peratus setahun. Pesara kerajaan perlu taat setia kepada kerajaan sekarang.

"Sebagai pemimpin kesatuan, saya menasihatkan ahli-ahli sebagai anggota perkhidmatan awam, kita patut tahu mana yang baik dan buruk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs di sini, Selasa.

Sehubungan itu, beliau berkata golongan itu perlu menghargai setiap pemberian kerajaan kerana sekiranya pembangkang memerintah negara ini segala manfaat belum tentu kekal.

Beliau juga berkata penjawat awam perlu bersiap sedia dan melakukan transformasi minda apabila kerajaan melaksanakan transformasi sektor perkhidmatan awam.

"Sama ada berpendapatan tinggi dan boleh atau tidak buat kerja, kita perlu bersiap sedia. Kalau tidak boleh, baik berhenti sahaja," katanya.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, beliau berkata pemberian bantuan itu membuktikan BN prihatin terhadap golongan rakyat berpendapatan rendah termasuk penjawat am.

"Tidak ada benda yang tidak boleh dibuat kerana negara sekarang mempunyai banyak wang. Orang tidak ada kerja pun dapat wang," katanya.

Bantuan RM500 diberikan kepada setaip isirumah dan RM250 seorang kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah di bawah program BR1M. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan