Manifesto Pembangkang Tidak Nyatakan Wang Untuk Melaksanakan Program Datang Dari Mana

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih bersifat populis, tidak terperinci serta mustahil untuk dilaksanakan.

Selain mencabar pembangkang agar mendedahkan kaedah perlaksanaan manifesto mereka, pengundi juga diingatkan bahawa banyak janji pembangkang pada pilihan raya 2008 gagal dilaksanakan.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, tiada makna bagi pembangkang untuk membuat janji baru kerana mereka gagal memenuhi kebanyakkan manifesto yang lalu.

"Menteri Besar Selangor pernah berkata bahawa 'manifesto bukanlah janji'. Jadi, apa jua manifesto yang dibuat Pakatan Rakyat adalah tidak bernilai," katanya menerusi Twitter pada Isnin.

Antara manifesto pembangkang ialah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah minimum sebanyak RM4,000 dalam tahun pertama selepas berkuasa, mengeluarkan sejuta pekerja asing dalam tempoh lima tahun, menaikkan gaji minimum kepada RM1,100 dan menghentikan loji nadir bumi Lynas di Gebeng.

Pembangkang juga merancang untuk menurunkan harga bahan api dan tarif elektrik, membatalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek berkata, dasar-dasar tertentu dalam manifesto seperti kenaikan RM200 dalam gaji minimum akan mempunyai kesan negatif ke atas ekonomi.

Beliau juga menegaskan bahawa majikan pada tahap ini turut mempunyai masalah menyesuaikan dasar gaji minimum semasa sebanyak RM900.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan butir-butir terperinci tentang bagaimana rancangan mereka untuk melaksanakan manifesto tersebut.

"Mereka boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi satu perkara yang mereka gagal untuk menjelaskan bagaimana mereka akan mendapatkan wang bagi membiayai janji-janji mereka."

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan manifesto pembangkang sebagai 'retorik dan gimik pilihan raya', sambil menambah bahawa pihak pembangkang tidak mempunyai satu model ekonomi untuk menjana pendapatan berterusan bagi memenuhi janji mereka.

Selain itu, timbalannya Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, nasib rakyat Selangor adalah bukti bahawa manifesto pembangkang hanya untuk 'memancing undi'.

Ketua Wanita MCA, Datuk Yu Chok Tow mencabar kerajaan negeri Selangor untuk menunaikan janji pemberian RM100 kepada ibu tunggal dalam manifesto terakhir sebelum bercakap tentang manifesto baru.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan