Lorong Tengah Jambatan Pulau Pinang Ditutup Hingga Rabu - Berita Semasa | mStar

Lorong Tengah Jambatan Pulau Pinang Ditutup Hingga Rabu

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lorong tengah Jambatan Pulau Pinang dari Butterworth menghala ke George Town di km6.5 hingga km6.7 ditutup sehingga Rabu ini bagi membolehkan kerja penyelenggaraan besi penghubung dijalankan di jambatan itu.

Projek Lebuh Utara Selatan (PLUS) dalam kenyataan di sini pada Selasa menasihati semua pemandu laluan berkenaan supaya berhati-hati dan mematuhi semua arahan yang dikeluarkan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun penutupan lorong itu tidak akan menjejas penggunaan jambatan berkenaan kepada orang ramai.

Terdahulu, Bernama melaporkan keadaan trafik di lokasi berkenaan mengalami kesesakan luar biasa berikutan berlaku masalah teknikal di jambatan itu.

Masalah berkenaan dikesan pada pukul 10.37 pagi dan kerja-kerja membaik pulih bermula pada pukul 1.00 tengah hari.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau melayari laman web www.plus.com.my untuk maklumat lanjut. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan