Lebih 16,000 Pelajar Lulus Kelas Pertama Tidak Perlu Bayar Pinjaman PTPTN

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Seramai 16,051 pelajar yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar pinjaman pengajian mereka apabila lulus Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bagi tempoh 1 Oktober tahun lepas hingga 31 Januari lepas.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata pelajar terlibat dikecualikan membayar pinjaman mereka selepas PTPTN menukarkan status pinjaman itu kepada biasiswa.

"Sehingga 31 Januari tahun ini, kerajaan melalui PTPTN telah menukar pinjaman sebanyak RM450.47 juta kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan pelajar terbabit yang memperolehi ijazah kelas pertama.

"Bagaimanapun mereka yang berjaya dan mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama itu perlu tampil membuat permohonan untuk menukarkan status pinjaman kepada biasiswa di mana-mana cawangan PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) kepada 1,066 orang bujang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak, Kuala Krau, dekat sini, Isnin.

Beliau berkata pihak PTPTN tidak menetapkan tempoh untuk pelajar terbabit mengemukakan permohonan bagi menukarkan status pinjaman mereka itu kepada biasiswa.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata seramai 17,317 peminjam telah membuat bayaran balik sekali gus dengan kadar potongan diskaun sebanyak 20 peratus sejak 1 Okt tahun lepas sehingga 31 Januari tahun ini membabitkan diskaun berjumlah RM62.11 juta.

"Selain itu seramai 953 peminjam yang disenaraihitamkan turut menyelesaikan hutang mereka sekali gus membabitkan pembayaran berjumlah RM5.1 juta," katanya.

Ismail yang juga anggota Parlimen Kuala Krau berkata PTPTN memperuntukkan RM4.24 bilion untuk diagihkan kepada pelajar pada tahun ini.

"Daripada jumlah itu sebanyak RM2.9 billion diperuntukkan kepada 501,414 pelajar sedia ada, manakala selebihnya kepada 211,098 pelajar baharu," katanya.

Beliau berkata sehingga 31 Januari lepas, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 2.15 juta pelajar membabitkan peruntukan sebanyak RM48.27 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan