Lahad Datu: Kerajaan Perlu Tegas Pertahankan Kedaulatan Sabah

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan agar lebih tegas dalam isu pencerobohan kumpulan yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu yang menetap di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya mengutamakan keselamatan rakyat dan kedaulatan negeri Sabah kerana ia merupakan perkara utama berbanding membela penceroboh yang enggan meninggalkan Lahad Datu.

"Puak penceroboh sepatutnya dihantar pulang. Kerajaan sepatutnya tidak bertolak ansur dalam soal kedaulatan negara kerana ia melibatkan keselamatan negara," katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa.

Dua minggu lalu, kumpulan penceroboh yang dianggotai lebih 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masuk ke Sabah dan tinggal di Kampung Tanduo yang terletak kira-kira 100 kilometer daripada Lahad Datu.

Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Sulu, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masalah untuk menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) namun mereka mahu ada penambahbaikan dalam soal membanteras rasuah.

“Ini bukan gimik politik. Kita sedia berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai garis panduan dan penambahbaikan yang lebih telus dan adil sekiranya mahu menjadikan ikrar integriti itu satu perkara yang wajib,” katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan pimpinan tertinggi BN menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai komitmen terhadap usaha membanteras gejala rasuah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan