Kenyataan Hadi Mengenai BR1M Semata-Mata Mahu Tutup Isu Kalimah Allah

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sama seperti yang dilakukan oleh Firaun, dipercayai mahu menutup isu kalimah suci Allah.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata isu penggunaan kalimah Allah memberi tamparan hebat kepada PAS apabila keputusan dikeluarkan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang menyokong penggunaan kalimah tersebut oleh orang bukan Islam, disanggah Majlis Syura Ulama PAS.

"Isu kalimah Allah perkara berat, selepas Majlis Syura PAS kata kalimah Allah tak boleh diguna oleh bukan Islam, Abdul Hadi patut bawa perkara tersebut kepada mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang.

"Abdul Hadi kena tarik balik kenyataan tersebut selepas Majlis Syura buat keputusan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Akhbar pada Selasa melaporkan Abdul Hadi ketika berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam semalam (Isnin), berkata usaha kerajaan Pusat melaksanakan pemberian BR1M itu sama dengan Firaun yang disifatkannya turut melaksanakan bantuan yang sama kepada rakyat Mesir ribuan tahun dahulu.

Abdul Hadi dipetik berkata tindakan Firaun itu telah disebut di dalam al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s tentang sikap Firaun memperbodoh-bodohkan rakyat Mesir ketika itu.

Wan Ismail yang juga antara pengasas PAS Kelantan turut membidas tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Beliau percaya orang ramai tidak boleh menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan