Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus meningkat lebih sekali ganda kepada 477 orang pada malam Selasa berbanding pada sebelah petang kira-kira 200 orang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah terbanyak yang dipindahkan adalah di Kuala Krai iaitu 257 orang diikuti Tanah Merah (111), Pasir Puteh (97) dan Machang (12).

Mereka terdiri daripada 110 keluarga yang dipindahkan di 10 pusat pemindahan.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat naik melepasi bahaya iaitu 9.95 meter (bahaya 9 meter) manakala di Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah turut melepasi paras yang sama 17.15 meter (bahaya 16 meter).

Banjir yang mula melanda Kelantan pada Selasa turut meragut dua nyawa pelajar Sekolah Menengah Temangan yang masing-masing berumur 15 dan 13 tahun ketika bermain air banjir.

Tiada jalan utama yang ditutup kepada laluan setakat ini dan Kelantan dilaporkan masih mengalami hujan yang sesekali lebat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan