Wang Ihsan Tidak Dibelanja Untuk Politik - Awang Adek

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Peruntukan wang ihsan berjumlah antara RM20 juta dan RM30 juta setahun yang disediakan kerajaan persekutuan untuk Kelantan, tidak pernah dibelanjakan bagi kepentingan politik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata wang itu sebaliknya dibelanjakan untuk membantu rakyat termasuk membaik pulih rumah, kecemerlangan pelajar, mangsa banjir dan ribut.

"Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan mempunyai rekod mengenainya dan ia boleh disemak jika perlu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 217 pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Pejabat Pelajaran Daerah Bachok (PPD) di sini, Isnin.

Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM32,550 untuk bantuan kepada pelajar terbabit bagi meringankan beban keluarga.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan konvoi bermotosikal badan bukan kerajaan (NGO) pro PAS yang menjelajah ke kampung-kampung menuntut wang itu diberi menerusi kerajaan negeri bukan melalui JPP.

Awang Adek berkata pengagihan wang itu dilakukan secara telus dan adil tanpa amalan diskriminasi serta fahaman politik seseorang, ia berasaskan kepada siapa yang layak.

Sebaliknya, jika ia disalurkan kepada kerajaan negeri, tiada jaminan pengagihan wang itu dapat dilakukan secara adil sebagaimana yang dilakukan terhadap peserta projek Ladang Rakyat di bawah kerajaan negeri yang mementingkan kroni PAS, katanya.

Beliau berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, bekerja keras untuk membangunkan negeri ini, termasuk Kelantan menerima peruntukan RM7 bilion bagi projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan