PRU-13: PR Janji Pertembungan Satu Lawan Satu Dengan BN

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamed Azmin Ali (kiri) dan Dr Hatta Mohd Ramli.
Mohamed Azmin Ali (kiri) dan Dr Hatta Mohd Ramli.

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat menjanjikan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli berkata, pembahagian 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah selesai diputuskan dan mereka sedia bertempur bila-bila masa sebaik Parlimen dibubarkan.

"Keseluruhan kerusi bagi DUN dan Parlimen sudah selesai diputuskan dan akan masuk PRU kali ini satu lawan satu dengan BN," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Isnin.

Beliau berkata, parti-parti politik di negara ini berkempen selama lima tahun memandangkan tarikh pilihan raya sudah menjadi amalan pimpinan negara, dirahsiakan.

"Kalau kita tahu bila PRU, kita tidak perlu habis masa selama lima tahun untuk berkempen, kita tidak tahu tarikh, jadi kita perlu berkempen sepanjang masa," katanya.

"Kita di Malaysia mempunyai krisis keyakinan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau SPR bebas kita tidak ada masalah, tetapi kita hilang keyakinan dan tidak boleh ada pilihan lain, kita kena bersedia," katanya.

Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, PAS, PKR dan DAP akan menyertai pilihan raya ini sebagai gabungan mantap bagi mengambil alih kerajaan.

Justeru, beliau berkata, kerjasama Pakatan Rakyat dengan rakyat Malaysia yang prihatin sama ada individu atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan memastikan bahawa mereka yang turun mengundi adalah rakyat Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat sedar hasrat mereka bukan hanya untuk memenangi PRU-13 semata-mata.

"PR bukan sekadar untuk PRU-13 semata-mata. Muafakat kita bertunjangkan hasrat untuk melaksanakan perubahan. Muafakat PR adalah untuk menjayakan cita-cita rakyat Malaysia yang bersaudara serta ekonomi rakyat.

"Hanya kemenangan hasil daripada muafakat ini akan memastikan pembentukan sebuah kerajaan yang kukuh.

"Kebijakan yang digarap melalui Buku Jingga, Belanjawan Pakatan Rakyat dan hari ini kita lancarkan manifesto bersama serta dukungan kuat rakyat Malaysia membuktikan bahawa Pakatan Rakyat akan dapat meneruskan agenda ini apabila mengambilalih Putrajaya," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan