PR Akan Semak Perjanjian 'Menipu' - Anwar

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) akan menyemak semula perjanjian yang melibatkan "penipuan dan tidak adil" sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak menyentuh perjanjian sebelum ini melainkan terbukti penipuan dan jelas tidak adil," katanya sewaktu berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Isnin.

Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat akan tetap menghentikan projek nadir bumi Lynas atas alasan keselamatan serta membahayakan kesihatan penduduk.

Selain itu, beliau berkata mereka juga akan menyemak semula perjanjian para penanam padi dengan syarikat Padiberas Nasional Berhad, bagi memastikan golongan penanam padi mendapat manfaat daripada perjanjian berkenaan.

Bukan itu sahaja, PR berjanji akan mendapatkan semula hasil negara yang 'hilang' melalui projek kontroversi seperti Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan juga amalan pemberian permit teksi.

"Kita nak selamatkan semua bukan untuk berdendam, bukan silih ganti masuk penjara... Bukan untuk membalas dendam. (Tetapi) yang kita nak buat adalah untuk mengambil wang yang telah dicuri.

"Sebagai contoh, permit teksi diberikan kepada pemandu teksi, wang NFC RM250 juta yang diambil dikembalikan kepada penternak. Kita mengambilnya tanpa melupakan proses perundangan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan