Lebuhraya Bukit Jalil Ditutup Untuk Projek LEP LRT

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu bahagian Lebuhraya Bukit Jalil akan ditutup selama 10 hari bermula Ahad bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan projek sambungan landasan (LEP) aliran transit ringan (LRT).

Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Syarikat Prasarana Negara Berhad, Lim Jin Aun dalam kenyataan berkata jalan itu akan ditutup setiap hari mulai 11 malam hingga 5 pagi bagi memudahkan pemasangan galang kotak segmen (SBG) untuk LEP LRT.

"Bahagian yang terjejas ialah di seberang Jalan BK1/13 di Bandar Kinrara dan semasa penutupan sementara itu, pengguna jalan raya ke Bukit Jalil boleh menggunakan laluan alternatif melalui Jalan BK1/14, Jalan Kinrara 2, dan Jalan BK1/20 untuk mengelakkan zon pembinaan dan memasuki semula Lebuhraya Bukit Jalil," katanya di sini.

Sementara pengguna jalan raya ke arah Puchong masih boleh melalui lebuh raya itu memandangkan satu lorong laluan tersebut akan ditutup bagi melancarkan kerja pelancaran tersebut, tambah beliau.

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan berwaspada dan mematuhi had laju selain papan tanda, isyarat suar dan penghadang plastik telah diletakkan di sepanjang lebuh raya.

LEP merupakan inisiatif kerajaan untuk menyambung laluan LRT sedia ada meliputi laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang menjangkaui kawasan perumahan dan komersil yang lebih luas di Lembah Klang.

Laluan Ampang sedang diperluaskan sejauh 17.7km meliputi kawasan termasuk Bandar Kinrara, Puchong dan Putra Heights.

Sementara laluan Kelana Jaya dipanjangkan sejauh 17km meliputi Lembah Subang, Subang Jaya dan USJ.

Kedua-dua laluan bertemu di stesen bersepadu di Putra Heights. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan